Monday, April 17, 2006

RENUINGAN

Sampaikan jika berasakan ia baik untuk sahabat anda!
MENGAPA OH MENGAPA?
Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya...
...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?
Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya...
...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?
Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah, dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...
...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"
Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...
...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?
Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat...
...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?
Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!
Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi...
...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya, dia dikenali sebagai seorang pengganas?
Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan...
...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!
Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...
...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?

Apa itu RIBA


Apa itu Riba ?
RIBA
Secara harfiah riba ertinya adalah al-ziyadah (tambahan). Daripada segi bahasa, bermaksud tambahan atau kenaikan. Secara istilah, ia bermaksud penambahan nilai ke atas sesuatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau dijanjikan oleh penerima pinjaman manakala dalam pertukaran sesetengah barangan dan matawang, ia bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti yang berbeza ataupun perbezaan waktu pertukaran.
Sebagaimana firman Allah Swt:
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Surah Al-Baqarah (2): 278
Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. Surah Al-Baqarah (2): 279.
Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang- orang yang melipat gandakan (pahalanya). Surah Al-Rum (30): 39
Ayat di atas jelas menegaskan bahwa selebihnya dari pokok harta adalah riba, baik itu sedikit maupun banyak.
Riba Zaman Jahiliyyah
Pada zaman Jahiliyyah, riba terkenal dengan dua model yaitu riba nasi'ah dan riba fadhl:
Riba Nasi'ah
1. Menurut Qatadah, riba al-nasi'ah adalah riba kaum jahiliyyah dimana seorang menjual sesuatu hingga tempoh waktu tertentu. Apabila tempoh waktu itu tamat sedangkan pembelinya belum mampu melunasi pembayarannya maka harganya dinaikkan dan tempohya dilanjutkan lagi.
2. Mujahid mengatakan bahawa pada zaman jahiliyyah ada orang yang mempunyai hutang kepada orang lain, lalu yang berhutang berkata kepada pemberi hutang, "Hutang saya akan saya bayar "sekian (lebih)" dengan syarat anda melanjutkan tempohnya kepada saya". Lalu orang itu melanjutkan waktunya.
3. Abu Bakar Al-Jashshah mengatakan bahawa pada zaman jahiliyyah riba hanya pinjaman berjangka dengan penambahan bunga bersyarat. Penambahan bunga itu sebagai imbalan dari penundaan waktu pelunasan hutangnya, lalu Allah SWT membatalkan sistem itu.
4. Menurut Al Imam Ar-Razi dalam tafsirnya, "Sesungguhnya riba al-nasi'ah itulah yang terkenal di zaman jahiliyyah kerana seseorang dari mereka meminjamkan wangnya kepada orang lain dengan tempoh tertentu, dengan syarat ia harus memberinya bunga tertentu setiap bulan. Kalau tidak sanggup memenuhi janjinya maka bunganya ditambah dan waktunya dilanjutkan".
Riba Fadhl
Riba ini terjadi apabila seseorang menjual sesuatu dengan sejenisnya dengan tambahan, seperti menjual emas dengan emas, mata wang dirham dengan dirham, gandum dengan gandum dan seterusnya.
Abu Said Al-Khudari berkata, "Rasulullah bersabda : "Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, syair dengan syair, korma dengan korma dan garam dengan garam dipertukarkan dengan sama, segenggam dengan segenggam. Siapa yang manambah atau minta tambah maka ia telah malakukan riba, baik yang meminta maupun yang memberi, dalam hal itu sama saja. Hadith Riwayat Al-Syaikhan.
Dari Abu Said Al-Khudari, katanya, "Bilal datang kepada Rasulullah SAW dengan membawa korma kualitas Barni. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadanya, "Dari mana korma itu ?". Ia menjawab , "Kami punya korma yang buruk lalu kami jual barter dua liter dengan satu liter". Maka Rasulullah bersabda:
"Masya Allah, itu juga adalah perbuatan riba. Jangan kau lakukan. Jika kamu mau membeli, juallah dahulu kurmamu itu kemudian kamu beli kurma yang kamu inginkan. Muttafaq 'alaih
Jenis riba yang pertama sudah jelas, sedangkan jenis yang kedua hanya terdapat pada perbedaan kualiti barang sejenis yang dipertukarkan sehingga jual beli tersebut digolongkan sebagai riba. Rasulullah memerintahkan untuk menjual dulu kurma yang hendak dipertukarkan dan wangnya digunakan untuk membeli kurma yang lebih bagus. Ini semua diamanatkan oleh Rasulullah untuk menjauhkan ummatnya sejauh mungkin dari bayangan riba.
Begitu pekanya perasaan Rasulullah dari bayangan riba dalam sistem ekonomi masyarakat. Beliau berhasil memecah penyakit riba yang telah mendarah daging di zaman jahiliyyah.
Contoh Riba Masakini: Riba di dalam Sistem Insurans
Unsur riba terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi (policy loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk Insurans Nyawa. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, Syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah (interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.
Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan insurans, kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional.
Penyelesaian Riba di dalam Sistem Insurans
Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Dasar Tabarru'at menjadi teras utama yang membina paksi Takaful. Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring dengan keredhaan Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru'at ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur gharar dan maisir.
Takrif Tabarru'at
Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks perniagaan Takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas untuk menderma bagi membantu para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata yang lebih tepat ialah, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka di atas niat yang sama.

Thursday, April 13, 2006

kalam tuhan

  • Sekiranya engkau ditanya... ..

    Sungguh,sudah berapa banyakkah ayat suci TuhanMu yang engkau hafaz??
    Katakanlah: WALLAHI... sesungguhnya yang lebih penting dari itu ialah berapakah ayat sucinya yang masih aku ingat... ..


    Sekiranya engkau ditanya, sungguh sudah berapa banyakkah ayat suci TuhanMu yang engkau ingat??
    Katakanlah : WALLAHI... .sesungguhnya yang lebih penting dari itu ialah sudah berapakah ayat suciNya yang aku tadabburkan... .


    Sekiranya engkau ditanya, sungguh sudah berapa banyakkah ayat suci TuhanMu yang engkau tadabburkan??
    Katakanlah : WALLAHI... .sesungguhnya yang lebih penting dari itu ialah sudah berapakah ayat suciNya yang aku benar2 patuhi, amal dan praktikkan...


    Sekiranya engkau ditanya,sungguh sudah berapa banyakkah ayat suci Tuhanmu yang engkau benar2 patuhi, amal dan praktikkan??
    Katakanlah : WALLAHI... .sesungguhnya yang demikian itu AMAT SEDIKIT BERBANDING DOSA DAN MAKSIATKU... ...

    Buat insan-insan yang sering menadah tangan ke langit mohon rahmatNYA... ..
    "Ya Allah, Engkau turunkan Al-Quran membawa kebenaran. Bahkan kerana kebenaran jugalah ia turun.
    Ya Allah, tingkatkanlah kecenderunganku untuk membacanya. Jadikan Al-Quran bagiku penyerlah pandangan, penyembuh jiwa, pengubat duka lara yang menghapus kesedihan dan dukacita.
    Ya Allah, jadikan Al-Quran basahan lidahku, penyeri wajahku, penyegar jasmaniku. Beratkan timbangan amal solehku dengan Al Quran. Kurniakan padaku kudrat membaca dan mematuhi suruhanMu sepanjang malam dan siang. Himpunkan diriku bersama RasulMu Nabi Muhammmad SAW dan keluarga baginda yang mulia."
    Rendahkanlah diri dan hatiMu kepadaNya... sesungguhnya betapa penting peranan doa dalam kehidupan mukmin.
    "Hai manusia!! Allah telah memerintahkan kamu supaya menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka dari melakukan maksiat. Jika tidak, akan tiba suatu hari tatkala kamu berdoa kepadaNYa, DIa tidak akan mendengari doamu, kamu memohon keperluan dari Nya tetapi Dia tidak akan memberinya, kamu memohon bantuanNYa terhadap musuh-musuhmu tetapi Dia tidak akan membantu Mu." Hadith riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban - Targhib

kalam pendekar

Kecintaan Sesama Saudara Islam Kerana ALLAH."Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya."HR. Ibnu Hibban dan Al-HakimSahabat...Rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalahrentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengankeindahan dan haru biru. Cinta yang tulus, insyaAllah akanmenyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya.Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah. Bukharidan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah Saw. melalui Anasra., "Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapatketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah danRasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorangtiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepadakekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak inginkalau dicampakkan ke dalam api."Sahabat...Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggianakhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat darirendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta,saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cintamelahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah digambarkan secaramengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Utsman,yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang diantaramereka merupakan gambaran janin ukhuwah yang dikandung dalamperut iman, dan terlahir dari ibu yang bernama iman.Ukhuwah bererti bersatunya hati-hati yang ruhnya terikat denganikatan akidah. Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimananyang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementaraperpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkankeimanan dan kasih sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu,manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihatsaudaranya lebih utama dibanding dirinya sendiri. Jika perkara initerjadi, ukhuwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis.Sahabat...Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satuibadah yang paling utama dalam agama kita. Siapapun yang berupayamewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang mahaindah. Rasulullah Saw bersabda, "Barangsiapa bersaudara denganseseorang kerana Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat disyurga, yang tidak didapatnya dengan sesuatu amalan lainnya".Ibnu Jarir pun meriwayatkan sabda Rasulullah Saw. dari Ibnu'Abbas ra., ia berkata, "Barangsiapa mencintai seseorang keranaAllah, membenci seseorang kerana Allah, membela seseorang keranaAllah, dan memusuhi seseorang kerana Allah, maka sesungguhnyakecintaan dan pertolongan dari Allah boleh diperoleh dengan perkaratersebut. Seorang hamba tidak akan menemukan nikmatnya iman,sekalipun banyak sholat dan shaum, sehingga dia bersikap demikian.Persahabatan diantara manusia pada umumnya didasarkan ataskepentingan dunia, namun perkara itu tidak berguna sedikitpun bagimereka."Sahabat...Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan perekat yangmengikat batu bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yangkukuh dan tidak mudah roboh. Allah Swt. Berfirman; " Sesungguhnyaorang-orang mukmin adalah bersaudara."Q.S Al-Hujurat : 10Sementara itu, Rasulullah Saw bersabda, "Mukmin yang satuterhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikatantara sebagian dengan sebagian yang lainnya."HR. Muttafaqun 'AlaihSahabat...Persaudaraan Islam bukanlah suatu permasalahan sampingan dalamIslam, tetapi ia menjadi salah satu prinsip dasar yang menyertaisyahadah (persaksian) terhadap keesaan Allah dan kesaksianterhadap kerasulan Muhammad Saw. Persaudaraan merupakan buahdan konsekuensi keimanan yang amat sangat indah. Kerana itu, kitaharus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim. KeagunganNyatinggi. Kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dahsyat. KeindahanNyaberpadu dengan kemuliaan. KeagunganNya berpadu dengankeluhuran. KebesaranNya tidak pernah berakhir. KeindahanNyapesona hati. KeagunganNya meningkatkan cinta. Sungguh, tiada cintayang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai makhlukNya, dancinta kita kepadaNya. Adakah kita merasakan semuanya? Wallahualam.Yesterday is history,Tommorow's a mystery,Today's a gift,That's why we call it the Present."Each day I wake in gratitude.Thanking Allah,He let me riseAnd To Him I onlySeek His assistance."Dipetik dari anak_ummi....